Sukacita dimaklumkan bahawa NAAM akan berkerjasama dengan PMNK untuk
menganjurkan kursus tersebut. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut, butiran boleh di muat turun di bawah.
Perhatian kepada jurulatih-jurulatih memanah di seluruh negeri Kedah. Pihak Persatuan Pemanah Negeri Kedah sedang mengumpul maklumat jurulatih di seluruh negri Kedah bagi tujuan mengemas kini data jurulatih di negeri Kedah. Sehubungan dengan itu, pihak persatuan berharap agar jurulatih-jurulatih dapat memberi kerjasama untuk mengisi maklumat tersebut di https://forms.gle/EE2ZVYeALB4Nk5QW9 Jurulatih-jurulatih yang aktif tetapi masih belum mempunyai sebarang sijil kejurulatihan juga dialu-alukan untuk mengisi maklumat tersebut. Kerjasama semua jurulatih amatlah dihargai. KLIK SINI UNTUK MENGISI MAKLUMAT JURULATIH
Kedah muncul juara keseluruhan KL U-12 Archery Challenge 2016 yang berlangsung pada 25-27 November 2016 bertempat di Kompleks MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur setelah mendapat jumlah pungutan pingat sebanyak 11 pingat (4 emas, 4 perak dan 3 gangsa) diikuti pasukan SKBJ di tempat kedua dan SKIPG Terangganu Team di tempat ketiga. Mohd Syamil Fikri Mohd Fuad menjadi wira Kedah setelah memungut 3 pingat emas dalam acara 30m Rounds Lelaki Keseluruhan, Berpasukan Keseluruhan dan Pusingan Olimpik Individu. Keputusan penuh boleh didapati di link diberikan. KEPUTUSAN KEJOHANAN
Sukacita dimaklumkan,Persatuan Pemanah Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kursus Asas Undang-Undang dan Keselamatan Memanah pada 24 Julai 2021 secara atas talian (Google Meet) bermula jam 8.30 pagi - 5.15 petang. Yuran penyertaan adalah RM30.00 seorang. Sijil Penyertaan Digital akan diberikan kepada.semua peserta. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Penolong Setiausaha Persatuan Pemanah Negeri Kedah En.Ahmad Yazdi Bin Muhd Khiar ditalian 012-6764946 Sokongan daripada anda amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
2021 MALAYSIA WOMEN’S Archery Remote scoring challenge Penganjur Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang Tarikh 19 hingga 21 Februari 2021 Masa 8 pagi (19/2/2021) hingga 7 petang (21/2/2021) Matlamat Banyak pertandingan telah dibatalkan kerana COVID-19 tahun ini . Kejohanan in khas untuk golongan wanita sahaja . Kami akan mengadakan pertandingan ini supaya banyak pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan bergaul dengan orang lain dari jauh . Venue Boleh memanah dari rumah / kelab atau premis latihan masing-masing . Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan , sila patuhi SOP penjarakan fizikal yang telah ditetapkan . Kelayakan Penyertaan Terbuka kepada seluruh pemanah wanita di seluruh negara. Acara Individu sahaja
Salam, nak tanya untuk tahun ini ada tak kurus kejurulatihan memanah tahap 1 lagi?
ReplyDeleteTerima kasih